CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 7, 2011

NUR KASIH

eh...eh... ingat lagik tak drama bersiri yang menjadi gilaan ramai?? tak kiralah makcik2 ke ...pakcik2 ke...hatta kanak2 dan remaja pon suke gila dekat drama ni..  eh... mesti ada yang terfikir.. apa kaitan NUR KASIH dengan blog yang berunsurkan SELANGOR ni kan??

haaaa.... perasan tak scene dekat kampung Nur Amina dan Adam??? ala.....scene dekat sawah padi yang Subhanallah cantik gila tu... memang superb la sinematografi cerita  ni kan... ha....kalau nak tahu....lokasi pengambaran itu adalah homestay dekat Tanjong Karang or Sabak Bernam if i'm not mistaken.. tapi yang pasti memang dekat2 area tu la..dekat2 dengan Kampung Sungai Hj Dorani. kot.. memang superb la view sawah bendang kat situ...terus jatuh cinta...hehe..
 


 
 
 

okey...kat bawah  sedikit sebanyak cerita pasal kampung Sungai Haji Dorani ni... and source yang aku dapat adalah asli dari SINI


"SEJARAH KAMPUNG

Kampong Sungai Haji Dorani diteroka oleh penduduk awalnya pada zaman pemerintahan British sekitar tahun 1910. Mereka terdiri daripada kalangan orang-orang suku kaum Jawa dan suku kaum Melayu .

Kawasan penerokaan mereka lebih tertumpu kepada kawasan berhampiran pantai Laut Selat Melaka , kerana mempunyai kemudahan perhubungan air dengan kampong-kampong lain seperti Kampong Panchang Bedena , Kampong Sekendi , Kampong Baru dan Kampong Sepintas ( kampong-kampong terawal diteroka penduduk di Daerah Sabak Bernam ).

Peneroka suku kaum Jawa yang ‘ terbiasa ’ dengan kerja-kerja pemugaran tanah semasa di negara Indonesia, lebih minat membuka tanah untuk dijadikan sawah padi, di mana kedudukannya agak jauh ‘ ke darat, ’ manakala suku kaum Melayu pula kekal membuka kebun kelapa berhampiran pantai Laut Selat Melaka, selain mencari nafkah menjadi nelayan.

Dipercayai, seorang yang bernama Haji Dorani adalah ‘ ketua ’ yang disegani oleh penduduk waktu itu , kerana beliau mampu menyemai sikap gotong royong di kalangan penduduk dan hidup harmoni bermasyarakat - walaupun berlainan suku kaum - selain mempunyai pengetahuan agama.

Atas pendapat dan saranan beliau serta sokongan semua penduduk, anak sungai kecil yang ada di kampong tersebut telah diperluas, dibersihkan serta disesuaikan dengan pengkalan para nelayan tempatan. Anak sungai tersebut akhirnya membolehkan perahu dan tongkang nelayan kaum Cina masuk jauh ke hulu, sebagai perlindungan dari tiupan ribut di laut pada musim gelora.

Kesuburan tanaman dan keharmonian penduduknya telah menarik minat lebih ramai lagi penduduk luar datang menetap dan meneroka tanah di situ .Mereka turut bersetuju menamakannya sebagai ‘ Sungai Haji Dorani ‘

Selepas pendaratan Jepun pada tahun 1941, Sungai Haji Dorani mula dikunjungi oleh kaum Cina dari luar secara besar-besaran. Mereka membuka kedai papan beratapkan daun nipah atau zing bagi menjual barang-barang keperluan penduduk dan tertubuhlah sebuah pekan kecil yang di kenali ‘ Pekan Sungai Haji Dorani ‘ . Sebahagian daripada bangunan kedai tersebut masih kekal hingga sekarang dan penduduk suku kaum Cina merupakan salah satu suku kaum yang menetap di Sungai Haji Dorani ketika ini.

Masa terus berlalu….. penduduk semakin ramai, pembangunan turut sampai ke Sungai Haji Dorani dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Agama Menengah, di samping kemudahan ahli masyarakat diperlukan seperti surau, masjid dan balairaya.

Generasi pewaris kepada peneroka awal , masih terdapat hingga sekarang di Sungai Haji Dorani, iaitu Haji Haris bin Maulana yang berusia sekitar 90 tahun !. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan kepada semua peneroka awal kampng Sungai Haji Dorani.yang telah meninggal dunia. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."


lagi info tentang Kampung Sungai Haji Dorani boleh didapat di SINI 
dan SINI jugak...  
dan kat SINI jugak...

okay...

till fingers meet the keyboard again... =p

2 comments:

Miss Gmah said...

wahaha! kak baiti fyi sg haji dorani nih kampong belah bapak kite. yeah tuh die idop jowo! =P

Unknown said...

haruss.....wong jowo mantap......haha

Post a Comment