CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 11, 2011

YEOP DAH TAK LARAT NAK KEJO KOME DAH

apekeheynye kome?? udah tumpo kene lwan dek Selangor... huhuhuhu...

okey..... bergembiralah seluruh warga Selangor apabila berjaya menewaskan Perak dengan agregat 3-1 dalam perlawanan Piala Malaysia 10hb yang lalu...

"Kempen Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.
Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.
Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.
Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.
Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.
Berikut merupakan keputusan perlawanan yang akan dikemaskini secara langsung untuk maklumat bersama"

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA PERTAMA 10/10/2011
SELANGOR [ 3 ] – [ 1 ] PERAK

Selangor – 3  (Safiq Rahim – 2 amirul hadi -1)

Perak-1 (Failee)


             FELDA UNITED [ 1 ] – [ 0 ] NEGERI SEMBILAN
   TERENGGANU [ 3 ] – [ 1 ] KELANTAN
          SABAH [ 1 ] – [ 2 ] T-TEAM







sumber : http://www.enciknakal.com/2011/10/keputusan-suku-akhir-piala-malaysia-2011.html




THE GOLDEN GOALS FROM THE GOLDEN MEN

0 comments:

Post a Comment