CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 13, 2011

DUNIA BARU

Wah.... Title dah gempak dah.... ingat lagi tak Tajuk Drama yang satu ketika dahulu pernah menjadi gilaan beribu-ribu remaja mahupun yang dewasa ??? Drama hebat tersebut telah ditayangkan selama tiga musim berturut-turut di stesen Television terkemuka negara, iatu TV3.. 





pelakonnya memang hebat-hebat belaka... siapa yang tak kenal watak Opie,Anizah, Yusoff, Adif, Tajul,Darius,Madihah and ramai lagi lah... time tu memang tengah hot la Elyana(Opie), Pierre(Adiff), Iqram Dinzly(Darius), Anne ngasri(Madihah)... kisah cinta diorang memang sweet gile ah ding dong... percaya tak time tu aku memang fall in love gila dekat watak Adiff tu.... memang time tu rasa Si Pierre Andrea tu memang tahap hensem gila mengalahkan Jhonny Depp(ok...hyperbola..hahaha).... tak percaya?? ok...mari kita lihat buktinya.... 


hahahah..... legend bukan gambar ini??? inilah bukti yang paling unggul menunjukkan betapa minatnya aku dengan beliau....hehehehe...sampai aku tak suka tau watak Erika(Baizura Kahar) yang jadik girlfriend Adiff tau time tu...hehehe...

ok...bukan Dunia Baru itu yang aku mahu kisahkan dan hebahkan di sini... tetapi tahukah anda semua dimanakah lokasi pengambaran drama itu dijalankan??? Apa??? Anda tidak tahu?? Maka...anda bukanlah boleh dikategorikan sebagai KipasSusahMati drama berhantu ini.... 

Apa??? Anda tahu?? Tahniah...Anda memang peka dengan keadaan sekeliling.. hehehe... well..tak lain tak bukan lokasi itu ialah UNISEL indah sejati... frankly speaking...aku tahu about UNISEL ni pun memang dengan menonton drama ini... seriously memang cun sangat view dia dalam TV..  well... i think itu memang such a good promotion la kan.. bagus UNISEL..teruskan usaha anda...wah...dah mengalahkan ucapan menteri dah aku ni...hehehehe...

wah...kenapa aku beria sangat nak cerita pasal UNISEL kan??? of course lah aku one of student yang bakal menjadi kebanggaan negara, yang lahir dari perut institusi yang bernama UNISEL... cewah........  First time jejak kai kat UNISEL ni dah memang rasa macam pelakon Dunia Baru dah ni... hehehe.... tapi aku dok risau gak memandangkan usia aku dah makin lanjut ( penulis berumur 23 tahun ketika mendaftar sebagai warga unisel)..hehehe... tapi aku yakin... semangat....dan yang seumpanyalah..... hahahaha........

ok.... mari cerita sedikit tentang UNISEL ini....

"UNISEL was established on 23 August 1999 as the first state funded private university in Malaysia with the aim of providing world-class tertiary education and opportunities for research and development within the broad sphere of industrial technology, management as well as information and communications technology. It began operations from a temporary campus in Shah Alam until its main campus in the township of Bestari Jaya, approximately 50 km away from the federal capital of Kuala Lumpur, was completed in 2005. UNISEL now operates from both the Shah Alam and Bestari Jaya campuses. 

UNISEL is wholly owned and managed by the State Government of Selangor through Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYS), a subsidiary of the state-owned investment arm, Kumpulan Darul Ehsan Berhad and established under the provisions of the Private Higher Education Institutions Act 1996. It is one of the two institutions of higher education owned by the state government via PIYS, the other being INPENS International College."
 
 
 
lagi  berita mengenai UNISEL :
 
 

Universiti Selangor menggantikan UNISEL

Wednesday, 09 February 2011 | Ruangan: Berita
 

SHAH ALAM, 9 Feb - Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Februari ini.
Presiden dan Naib Canselor Unisel Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang.
“Singkatan Unisel masih dikekalkan dan nama baru ini dipilih sempena penjenamaan semula Unisel setelah 11 tahun ditubuhkan termasuk logo baru yang akan dilancarkan pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata penjenaam semula itu dibuat hasil daripada pandangan dan perbincangan membabitkan semua pihak termasuk tenaga pengajar dan pentadbiran Unisel sejak pertengahan tahun lepas bagi memastikan institusi pengajian tinggi (IPT) itu mampu terus bersaing.
 

Rosti berkata perkataan ‘Industri’ yang digunakan sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan pelajar yang beranggapan Unisel hanya menawarkan kursus berkaitan bidang industri berat dan kejuruteraan.
“Kami mempunyai pelbagai kursus dan merangkumi semua lapangan termasuk Kejururawatan, Komunikasi Massa, Pendidikan dan Fotografi yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat diploma dan ijazah pertama,” katanya.
Beliau berkata bidang seperti kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi maklumat masih dikekalkan kerana ia antara kursus yang mendapat permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.
Selain itu, Rosti berkata Unisel mengutamakan jalinan industri apabila setiap program di universiti itu mempunyai penasihat industri masing-masing bagi mempersiapkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

“Kita juga menetapkan latihan industri antara enam hingga lapan bulan bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dalam usaha memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai Canselor Unisel yang baru, Rosti berkata perkara itu bakal diumum bulan ini oleh kerajaan Selangor. Kerusi Canselor Unisel bakal kosong selepas isteri Perdana Menteri DatinSeri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya pada 20 November lepas.



  notakakikecilku : gambar dambil dari various website melalui carian google... =)


0 comments:

Post a Comment