CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 16, 2011

MASIHKAH KAU INGAT

"Baru semalam kau ada menemaniku
tapi hari ini bayangmu tiada disisku
ku cari kau merata
namun tetap tak ku jumpa
lalu aku mengerti
kau telah pergi tak kembali lagi
kau telah dijemput Ilahi"



setelah penat bergembira..apa kata kali ini kita ambil sesaat dua masa untuk mengenang tragedi yang telah banyak meninggalkan parut hitam dalam lukisan kenangan. kisah yang telah meruntun hati segenap masyarakat sekitar tahun 1993. waktu tu aku masih berusia 7 tahun. kuat tak memori aku??? huhuhu.....

pagi itu seperti pagi-pagi biasanya. hari cuti.. seperti biasalah..rutin harian menonton Malaysia Hari ini.. ok time tu pengacara yang tengah hangat dipasaran tentulah Aziz Desa, Omar Abdullah, Karim Latiff dan sebagaiinya.. seingat aku masing-masing popular dengan tagline. 


memang tengah khusyuk la tengok rancangan tu..tiba-tiba kitorang satu family dikejutkan dengan berita TRAGEDI RUNTUHAN HIGHLAND TOWER, Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.. memang terkejut gilalah masa tu. and aku teringat masa tu TV3 ada membuat panggilan terus ke tempat kejadian. dan seorang mangsa yang terselamat menceritakan detik-detik cemas bagaimana dia dan bayinya survive dalam tragedi yang meragut puluhan nyawa itu. 

yang aku ingat masa tu, mangsa menceritakan bagaiman dia diselamatkan. mujur masa tu ade sebatang kayu berhampiran mangsa and beliau sedaya upaya menjolok kayu itu keatas dan kebetulan seorang anggota bomba menyedari kayu tersebut yang bergerak-gerak seolah-olah ada orang dibawah runtuhan tersebut. semasa anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa, apa yang mereka dengar dari mulut wanita tersebut cuma satu ayat yang bisa meruntun jiwa.."selamatkan bayi saya,encik"...Subhanallah... kasih ibu tiada sempadan.ketika saat getir melanda, ibu tidak pernah lupakan zuriatnya. 





ok....disini aku lampirkan kisah dan kronologi tragedi yang menyayat hati ini...


Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM. Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM


Kronologi peristiwa

  • 11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
  • 12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
  • 13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
  • 15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
  • 16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
  • 17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
  • 18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
  • 19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
  • 20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
  • 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. J
  • 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
  • Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
  • 14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.
  • 14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
  • Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard (51), penghuni di Blok C mendakwa rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada 11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.[6]
  • 8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
  • 4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar. Di Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, , jurutera Wong Yuen Kean 10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. 20 %
  • 2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George.
  • 18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam, menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.

Keadaan semasa

              Dua blok yang masih tegak berdiri utuh.
                        
Pihak berkuasa menyatakan 2 blok lain iaitu Blok 2 dan Blok 3 tidak selamat diduduki , akan roboh bila-bila masa dan mereka mesti pindah ke lokasi lain. Tetapi sehingga kini masih tidak roboh atau runtuh. Highland Towers tidak lagi didiami hari ini. Ia dibiarkan telah ditumbuhi semak samun menjadi mangsa sasaran laku musnah. Jadi sebenarnya pakar geoteknik masih tidak dapat meramal dengan tepat bila dan di mana tanah runtuh akan berlaku.





apa yang aku nak ceritakan tentang tragedi ini ialah dalam kita berbangga dengan keindahan panorama yang ada sekarang..dalam kita mengagumi kecantikan bangunan mencakar langit yang membiru.. jangan sekali-kali kita lupa pada kemajuan yang pernah membinasakan.. bukan untuk rentetan penyesalan tapi ambillah ia sebagai pengajaran agar tragedi yang sama tidak lagi berulang....





hapuskan airmata mereka....






notakakikecilku : sumber maklumat diambil dari wikipedia.. gambar juga diambil dari hasil carian google.

0 comments:

Post a Comment