CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 16, 2011

MASIHKAH KAU INGAT

"Baru semalam kau ada menemaniku
tapi hari ini bayangmu tiada disisku
ku cari kau merata
namun tetap tak ku jumpa
lalu aku mengerti
kau telah pergi tak kembali lagi
kau telah dijemput Ilahi"



setelah penat bergembira..apa kata kali ini kita ambil sesaat dua masa untuk mengenang tragedi yang telah banyak meninggalkan parut hitam dalam lukisan kenangan. kisah yang telah meruntun hati segenap masyarakat sekitar tahun 1993. waktu tu aku masih berusia 7 tahun. kuat tak memori aku??? huhuhu.....

pagi itu seperti pagi-pagi biasanya. hari cuti.. seperti biasalah..rutin harian menonton Malaysia Hari ini.. ok time tu pengacara yang tengah hangat dipasaran tentulah Aziz Desa, Omar Abdullah, Karim Latiff dan sebagaiinya.. seingat aku masing-masing popular dengan tagline. 


memang tengah khusyuk la tengok rancangan tu..tiba-tiba kitorang satu family dikejutkan dengan berita TRAGEDI RUNTUHAN HIGHLAND TOWER, Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.. memang terkejut gilalah masa tu. and aku teringat masa tu TV3 ada membuat panggilan terus ke tempat kejadian. dan seorang mangsa yang terselamat menceritakan detik-detik cemas bagaimana dia dan bayinya survive dalam tragedi yang meragut puluhan nyawa itu. 

yang aku ingat masa tu, mangsa menceritakan bagaiman dia diselamatkan. mujur masa tu ade sebatang kayu berhampiran mangsa and beliau sedaya upaya menjolok kayu itu keatas dan kebetulan seorang anggota bomba menyedari kayu tersebut yang bergerak-gerak seolah-olah ada orang dibawah runtuhan tersebut. semasa anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan mangsa, apa yang mereka dengar dari mulut wanita tersebut cuma satu ayat yang bisa meruntun jiwa.."selamatkan bayi saya,encik"...Subhanallah... kasih ibu tiada sempadan.ketika saat getir melanda, ibu tidak pernah lupakan zuriatnya. 





ok....disini aku lampirkan kisah dan kronologi tragedi yang menyayat hati ini...


Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers. Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Hampir setiap universiti mempunyai pusat penyelidikan dan kepakaran berkaitan alam sekitar malah lebih mengkhusus lagi kepada tanah runtuh antaranya seperti Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) di UKM. Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) di UiTM


Kronologi peristiwa

  • 11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Dr Hui Chan Peng, yang tinggal selama 14 tahun di tingkat empat Blok A kondominium 12 tingkat itu menyatakan dia kembali dari kerja pada jam 1.30 petang, lima minit sebelum tragedi itu berlaku. Dia yang sedang berbual dengan Puan Abraham, terdengar bunyi gegaran dan tiba-tiba batu besar bergolek ke arahnya. Surirumah Leela George (39) menyatakan dia mendengar bunyi kuat seperti `dentuman logam' jam 1.30 tengah hari dari arah belakang blok A.
124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari . Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , sukarelawan PBSMM datang lebih awal.
Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan begoyang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan.
Nakajima Shizue, 50wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri kabinet datang menjenguk.
  • 12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.
  • 13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi.Mereka menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
  • 15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan .
  • 16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
  • 17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
  • 18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.
  • 19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
  • 20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
  • 21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. J
  • 22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
  • Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers. Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd.
  • 14 Oktober 1997 , Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak melebihi dua tingkat.
  • 14 November 1997 , Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh. Ia "bukan satu bencana alam semula jadi".
  • Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong. Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab- Malaysian Finance Berhad, Tropic Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Gambar yang dirakam oleh Bruce Aaron Mitchell (49), bekas juruterbang Tentera Marin Amerika yang mengambil 8 keping gambar dari tingkap bilik pangsapuri kawannya di Blok C menjadi bukti dalam kes saman terhadap 10 pihak. Gambar itu menunjukkan tanah runtuh dan runtuhan kondominium Blok A di saat-saat tragedi itu . Pengurus Projek Micheal Patrick Rickard (51), penghuni di Blok C mendakwa rompakan bermula ketika operasi menyelamat mangsa yang pada masa itu dipercayai masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan Blok C yang runtuh pada 11 Disember, 1993. Padahal bangunan yang dikosongkan itu dikawal oleh tentera dan polis. Bekalan air dan elektrik terputus selepas blok satu runtuh.[6]
  • 8 Ogos 2002: Hakim Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 pihak yang disaman 60 penghuni, waris dan keluarga mangsa tragedi Highland Towers sebagai cuai.Laporan penghakiman 162 muka surat itu mengembirakan Dr Benjamin George selaku pengerusi Persatuan Penduduk dan Pemilik Highland Towers.
  • 4 Disember 2002: Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff berkaitan pampasan yang perlu dibayar. Di Mahkamah Rayuan, 3 hakim diketuai Datuk Gopal Sri Ram bersama Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff memerintahkan 3 pihak yang cuai supaya membayar gantirugi. Iaitu MPAJ 15 %, , jurutera Wong Yuen Kean 10 %, Arab-Malaysian 30 % , Metrolux Sdn. Bhd. dan MBF Property Services Sdn. Bhd. 20 %
  • 2004 : Akhirnya diluar mahkamah , AmFinance Bhd setuju membayar RM52 juta kepada 139 plaintif yang diketuai oleh Dr Benjamin George.
  • 18 Februari 2006 : Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) , Majlis Daerah Gombak (MDG) atau mana-mana kerajaan tempatan mempunyai kekebalan dan dilindungi Seksyen 95 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 daripada sebarang tuntutan sebelum runtuhan. Tan Sri Steve Shim Lip Kiong , Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Arifin Zakaria memutuskan MPAJ tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sebelum dan selepas kondominium itu runtuh. Kerajaan tempatan ditugaskan menjalankan beberapa tanggungjawab termasuk menyedia dan menyelenggara tempat rekreasi, memungut sampah, menyediakan kenderaan awam, menyedia rumah untuk setinggan dan banyak lagi serta harapan orang ramai adalah tinggi. Ini adalah tanggungjawab sosial kepada pembayar cukai di kawasan mereka dan sumber kewangannya hanya melalui cukai taksiran dan bayaran lesen.

Keadaan semasa

              Dua blok yang masih tegak berdiri utuh.
                        
Pihak berkuasa menyatakan 2 blok lain iaitu Blok 2 dan Blok 3 tidak selamat diduduki , akan roboh bila-bila masa dan mereka mesti pindah ke lokasi lain. Tetapi sehingga kini masih tidak roboh atau runtuh. Highland Towers tidak lagi didiami hari ini. Ia dibiarkan telah ditumbuhi semak samun menjadi mangsa sasaran laku musnah. Jadi sebenarnya pakar geoteknik masih tidak dapat meramal dengan tepat bila dan di mana tanah runtuh akan berlaku.





apa yang aku nak ceritakan tentang tragedi ini ialah dalam kita berbangga dengan keindahan panorama yang ada sekarang..dalam kita mengagumi kecantikan bangunan mencakar langit yang membiru.. jangan sekali-kali kita lupa pada kemajuan yang pernah membinasakan.. bukan untuk rentetan penyesalan tapi ambillah ia sebagai pengajaran agar tragedi yang sama tidak lagi berulang....





hapuskan airmata mereka....






notakakikecilku : sumber maklumat diambil dari wikipedia.. gambar juga diambil dari hasil carian google.

Thursday, October 13, 2011

DUNIA BARU

Wah.... Title dah gempak dah.... ingat lagi tak Tajuk Drama yang satu ketika dahulu pernah menjadi gilaan beribu-ribu remaja mahupun yang dewasa ??? Drama hebat tersebut telah ditayangkan selama tiga musim berturut-turut di stesen Television terkemuka negara, iatu TV3.. 





pelakonnya memang hebat-hebat belaka... siapa yang tak kenal watak Opie,Anizah, Yusoff, Adif, Tajul,Darius,Madihah and ramai lagi lah... time tu memang tengah hot la Elyana(Opie), Pierre(Adiff), Iqram Dinzly(Darius), Anne ngasri(Madihah)... kisah cinta diorang memang sweet gile ah ding dong... percaya tak time tu aku memang fall in love gila dekat watak Adiff tu.... memang time tu rasa Si Pierre Andrea tu memang tahap hensem gila mengalahkan Jhonny Depp(ok...hyperbola..hahaha).... tak percaya?? ok...mari kita lihat buktinya.... 


hahahah..... legend bukan gambar ini??? inilah bukti yang paling unggul menunjukkan betapa minatnya aku dengan beliau....hehehehe...sampai aku tak suka tau watak Erika(Baizura Kahar) yang jadik girlfriend Adiff tau time tu...hehehe...

ok...bukan Dunia Baru itu yang aku mahu kisahkan dan hebahkan di sini... tetapi tahukah anda semua dimanakah lokasi pengambaran drama itu dijalankan??? Apa??? Anda tidak tahu?? Maka...anda bukanlah boleh dikategorikan sebagai KipasSusahMati drama berhantu ini.... 

Apa??? Anda tahu?? Tahniah...Anda memang peka dengan keadaan sekeliling.. hehehe... well..tak lain tak bukan lokasi itu ialah UNISEL indah sejati... frankly speaking...aku tahu about UNISEL ni pun memang dengan menonton drama ini... seriously memang cun sangat view dia dalam TV..  well... i think itu memang such a good promotion la kan.. bagus UNISEL..teruskan usaha anda...wah...dah mengalahkan ucapan menteri dah aku ni...hehehehe...

wah...kenapa aku beria sangat nak cerita pasal UNISEL kan??? of course lah aku one of student yang bakal menjadi kebanggaan negara, yang lahir dari perut institusi yang bernama UNISEL... cewah........  First time jejak kai kat UNISEL ni dah memang rasa macam pelakon Dunia Baru dah ni... hehehe.... tapi aku dok risau gak memandangkan usia aku dah makin lanjut ( penulis berumur 23 tahun ketika mendaftar sebagai warga unisel)..hehehe... tapi aku yakin... semangat....dan yang seumpanyalah..... hahahaha........

ok.... mari cerita sedikit tentang UNISEL ini....

"UNISEL was established on 23 August 1999 as the first state funded private university in Malaysia with the aim of providing world-class tertiary education and opportunities for research and development within the broad sphere of industrial technology, management as well as information and communications technology. It began operations from a temporary campus in Shah Alam until its main campus in the township of Bestari Jaya, approximately 50 km away from the federal capital of Kuala Lumpur, was completed in 2005. UNISEL now operates from both the Shah Alam and Bestari Jaya campuses. 

UNISEL is wholly owned and managed by the State Government of Selangor through Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYS), a subsidiary of the state-owned investment arm, Kumpulan Darul Ehsan Berhad and established under the provisions of the Private Higher Education Institutions Act 1996. It is one of the two institutions of higher education owned by the state government via PIYS, the other being INPENS International College."
 
 
 
lagi  berita mengenai UNISEL :
 
 

Universiti Selangor menggantikan UNISEL

Wednesday, 09 February 2011 | Ruangan: Berita
 

SHAH ALAM, 9 Feb - Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Februari ini.
Presiden dan Naib Canselor Unisel Datuk Dr Rosti Saruwono berkata nama baru itu dipilih bagi menyesuaikan trend global dunia pendidikan pada hari ini yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu bidang.
“Singkatan Unisel masih dikekalkan dan nama baru ini dipilih sempena penjenamaan semula Unisel setelah 11 tahun ditubuhkan termasuk logo baru yang akan dilancarkan pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata penjenaam semula itu dibuat hasil daripada pandangan dan perbincangan membabitkan semua pihak termasuk tenaga pengajar dan pentadbiran Unisel sejak pertengahan tahun lepas bagi memastikan institusi pengajian tinggi (IPT) itu mampu terus bersaing.
 

Rosti berkata perkataan ‘Industri’ yang digunakan sebelum ini menimbulkan kekeliruan kepada ibu bapa dan pelajar yang beranggapan Unisel hanya menawarkan kursus berkaitan bidang industri berat dan kejuruteraan.
“Kami mempunyai pelbagai kursus dan merangkumi semua lapangan termasuk Kejururawatan, Komunikasi Massa, Pendidikan dan Fotografi yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat diploma dan ijazah pertama,” katanya.
Beliau berkata bidang seperti kejuruteraan, bioteknologi dan teknologi maklumat masih dikekalkan kerana ia antara kursus yang mendapat permintaan tinggi di pasaran pekerjaan.
Selain itu, Rosti berkata Unisel mengutamakan jalinan industri apabila setiap program di universiti itu mempunyai penasihat industri masing-masing bagi mempersiapkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

“Kita juga menetapkan latihan industri antara enam hingga lapan bulan bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dalam usaha memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar,” katanya.

Ditanya mengenai Canselor Unisel yang baru, Rosti berkata perkara itu bakal diumum bulan ini oleh kerajaan Selangor. Kerusi Canselor Unisel bakal kosong selepas isteri Perdana Menteri DatinSeri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya pada 20 November lepas.



  notakakikecilku : gambar dambil dari various website melalui carian google... =)


Tuesday, October 11, 2011

YEOP DAH TAK LARAT NAK KEJO KOME DAH

apekeheynye kome?? udah tumpo kene lwan dek Selangor... huhuhuhu...

okey..... bergembiralah seluruh warga Selangor apabila berjaya menewaskan Perak dengan agregat 3-1 dalam perlawanan Piala Malaysia 10hb yang lalu...

"Kempen Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.
Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.
Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.
Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.
Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.
Berikut merupakan keputusan perlawanan yang akan dikemaskini secara langsung untuk maklumat bersama"

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA PERTAMA 10/10/2011
SELANGOR [ 3 ] – [ 1 ] PERAK

Selangor – 3  (Safiq Rahim – 2 amirul hadi -1)

Perak-1 (Failee)


             FELDA UNITED [ 1 ] – [ 0 ] NEGERI SEMBILAN
   TERENGGANU [ 3 ] – [ 1 ] KELANTAN
          SABAH [ 1 ] – [ 2 ] T-TEAM







sumber : http://www.enciknakal.com/2011/10/keputusan-suku-akhir-piala-malaysia-2011.html




THE GOLDEN GOALS FROM THE GOLDEN MEN

Monday, October 10, 2011

PERAK VS SELANGOR

mana satu pilhan kalbu???



fine....




siapa menang

saya sokong....



ok...
bye...


=)

Friday, October 7, 2011

NUR KASIH

eh...eh... ingat lagik tak drama bersiri yang menjadi gilaan ramai?? tak kiralah makcik2 ke ...pakcik2 ke...hatta kanak2 dan remaja pon suke gila dekat drama ni..  eh... mesti ada yang terfikir.. apa kaitan NUR KASIH dengan blog yang berunsurkan SELANGOR ni kan??

haaaa.... perasan tak scene dekat kampung Nur Amina dan Adam??? ala.....scene dekat sawah padi yang Subhanallah cantik gila tu... memang superb la sinematografi cerita  ni kan... ha....kalau nak tahu....lokasi pengambaran itu adalah homestay dekat Tanjong Karang or Sabak Bernam if i'm not mistaken.. tapi yang pasti memang dekat2 area tu la..dekat2 dengan Kampung Sungai Hj Dorani. kot.. memang superb la view sawah bendang kat situ...terus jatuh cinta...hehe..
 


 
 
 

okey...kat bawah  sedikit sebanyak cerita pasal kampung Sungai Haji Dorani ni... and source yang aku dapat adalah asli dari SINI


"SEJARAH KAMPUNG

Kampong Sungai Haji Dorani diteroka oleh penduduk awalnya pada zaman pemerintahan British sekitar tahun 1910. Mereka terdiri daripada kalangan orang-orang suku kaum Jawa dan suku kaum Melayu .

Kawasan penerokaan mereka lebih tertumpu kepada kawasan berhampiran pantai Laut Selat Melaka , kerana mempunyai kemudahan perhubungan air dengan kampong-kampong lain seperti Kampong Panchang Bedena , Kampong Sekendi , Kampong Baru dan Kampong Sepintas ( kampong-kampong terawal diteroka penduduk di Daerah Sabak Bernam ).

Peneroka suku kaum Jawa yang ‘ terbiasa ’ dengan kerja-kerja pemugaran tanah semasa di negara Indonesia, lebih minat membuka tanah untuk dijadikan sawah padi, di mana kedudukannya agak jauh ‘ ke darat, ’ manakala suku kaum Melayu pula kekal membuka kebun kelapa berhampiran pantai Laut Selat Melaka, selain mencari nafkah menjadi nelayan.

Dipercayai, seorang yang bernama Haji Dorani adalah ‘ ketua ’ yang disegani oleh penduduk waktu itu , kerana beliau mampu menyemai sikap gotong royong di kalangan penduduk dan hidup harmoni bermasyarakat - walaupun berlainan suku kaum - selain mempunyai pengetahuan agama.

Atas pendapat dan saranan beliau serta sokongan semua penduduk, anak sungai kecil yang ada di kampong tersebut telah diperluas, dibersihkan serta disesuaikan dengan pengkalan para nelayan tempatan. Anak sungai tersebut akhirnya membolehkan perahu dan tongkang nelayan kaum Cina masuk jauh ke hulu, sebagai perlindungan dari tiupan ribut di laut pada musim gelora.

Kesuburan tanaman dan keharmonian penduduknya telah menarik minat lebih ramai lagi penduduk luar datang menetap dan meneroka tanah di situ .Mereka turut bersetuju menamakannya sebagai ‘ Sungai Haji Dorani ‘

Selepas pendaratan Jepun pada tahun 1941, Sungai Haji Dorani mula dikunjungi oleh kaum Cina dari luar secara besar-besaran. Mereka membuka kedai papan beratapkan daun nipah atau zing bagi menjual barang-barang keperluan penduduk dan tertubuhlah sebuah pekan kecil yang di kenali ‘ Pekan Sungai Haji Dorani ‘ . Sebahagian daripada bangunan kedai tersebut masih kekal hingga sekarang dan penduduk suku kaum Cina merupakan salah satu suku kaum yang menetap di Sungai Haji Dorani ketika ini.

Masa terus berlalu….. penduduk semakin ramai, pembangunan turut sampai ke Sungai Haji Dorani dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Agama Menengah, di samping kemudahan ahli masyarakat diperlukan seperti surau, masjid dan balairaya.

Generasi pewaris kepada peneroka awal , masih terdapat hingga sekarang di Sungai Haji Dorani, iaitu Haji Haris bin Maulana yang berusia sekitar 90 tahun !. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan kepada semua peneroka awal kampng Sungai Haji Dorani.yang telah meninggal dunia. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."


lagi info tentang Kampung Sungai Haji Dorani boleh didapat di SINI 
dan SINI jugak...  
dan kat SINI jugak...

okay...

till fingers meet the keyboard again... =p

Wednesday, October 5, 2011

GERGASI BOLASEPAK






     Dulu.. dulu la…aku memang gile minat tengok bola… time tu masa aku darjah2 la… dalam darjah 4,5 camtu la.. time tu pasukan yang terhebat ialah SELANGOR kalau aku tak silap.. kira macam gergasi bola sepak lah.. player yang top time tu macam Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Shahril Arsyat(ala…yang join sehati berdansa tu..hehe)Azlisham and ramai lagila. Memang tak ingat dah la kan..

     Aku ingat lagi.. time balik je dari mengaji.. memang berkejaran lari semata2 nak tengok bola if time tu team Selangor la kan… actually, kalau nak diikutkan, tidaklah aku tau sangat peraturan perlawanan bolasepak ni.. aku tak tau pon cara main macam mane..rules dia…yang aku tau…tendang2 bola…sepak2 bola…kejar2 bola n then jerit GOLLLLLL!!!!!... hahaha…tapi dah nama pun budak..cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Dah time tu memang SELANGOR ni gergasi bolasepak…asyik memang je manjang…kompem2 la secara automatiknye suke kat team itu..

     satu yang paling aku ingat lah kan… player SELANGOR ni banyak kawen denga artis… fuhh…. Memang la kan… time tu player bolasepak memang saham naik la kan?? Hahahaha…. Yang aku ingat Azlisham kahwin dengan Wan Khatijah.. Shahril arsyat dengan pelakon comel tu, Aini (heroin anaknya Sazali) and azman Adnan masa tu still dengan Haleeda, penyanyi tahun 90an..

     tengok tu…tengok tu… nampak tak bakat semulajadi aku jadi kepochee??? Hahaha…. Well… kata dah suka kan??? Op kos la sampai ke hujung dunia aku carik info pasal diorang kan??/ eceh…. Tapi itulah… pasukan merah kuning memang jadi saingan pihak lawan la….

     Tapi itu dulula…. Player2 nye pon ramai yang dimamah usiaa… and now, pelapis-pelapis mereka yang menerajui tampuk kemegahan yang ditinggalkan oleh mereka.. pelapis2 inilah yang bakal menerajui legasi kecemerlangan pasukan bola sepak SELANGOR yang pernah dirintis oleh senior2 mereka yang terdahulu. 









 berikut merupakan kedudukan bagi sessi 2011 setakat ini

yang ni pula senarai penjaring terbanyak bagi sessi 2011 (PIALA FA)
 berikut merupakan senarai penjaring terbanyak bagi sessi 2011 (LIGA SUPER)


 nampak tak Safiq Rahim terer woooo...hahaha



okey.. latest news!!!!!!!!!!!!





okey FINE...


 
nampak tak??



Nampak tak??



Nampak tak???



itu ialah SELANGOR VS PERAK...




okey FINE




tidak tahu mahu sokong yang mana...




nak sokong yang menang sahajalah..


boleh tak begitu???


hahahahaha



 notatakakikecikku : sumber gambar diambil dari SINI

Tuesday, October 4, 2011

MOMEN TERINDAH(SESSI TERKENANG KPMB TERCHENTA)



Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada mulanya dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM), KPM pertama telah ditubuhkan pada Mei 1977 di Kuala Lumpur. Sejak ini, telah terdapat lima kampus KPM di Malaysia.
  • KPM Beranang di Selangor (asalnya KPM Kuala Lumpur)
  • KPM Melaka di Melaka
  • KPM Indera Mahkota di Pahang
  • KPM Sri Iskandar di Perak
  • KPM Bandar Penawar di Johor.

eh...tajuk juga sudah jelas... ya... saya budak KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG (KPMB) ,SELANGOR... ingat lagi pada entry  INI  betapa semangatnye aku nak jejak kaki kat negeri SELANGOR ni kan... at last...tercampak juga dengan jayanya ke bumi betuah ni.. KPMB ni memang ceruk gile la tempatnye.. bersempadan dengan dengkil, Negeri Sembilan and berhampiran dengan Bandar Kajang and paling best dekat dengan Broga Hill..  ok... kat bawah ni cerita serba sedikit pasal broga hill ni..tapi bukan la aku yang buat...op kos aku curik dekat google bersama2 dengan gambar2 nya sekali...sumpah....memang bukan hakmilik aku..hehehe

Broga is a small town that sits on the border of Selangor and Negri Sembilan in Malaysia. It is situated 50 kilometres (31 mi) from Kuala Lumpur and approximately 33 kilometres (21 mi) from Seremban, the capital of Negri Sembilan.



Broga takes its name from the River Broga which runs through the area. The name Broga is believed to be derived from Buragas, a mythical beast that lives in the forest.
Broga was mentioned by Freddie Spencer Chapman in his book, The Jungle is Neutral[1], to be a location where British-backed rebels fought against the Japanese during World War II.



Broga is unique in that it sits right on the border of both the states of Negri Sembilan and Selangor. On the Selangor side, Broga falls within the mukim (sub-district) of Semenyih in the Hulu Langat district. On the Negri Sembilan side, it falls within the mukim of Lenggeng which is part of the district of Seremban. The Government Health Clinic and the town football field is located on the Selangor side of the border and the police station is located on the Negri Sembilan side.



amacam?? tergoda tak?? memang indah gila la view kat Broga Hill ni.. kalau krew2 ShahRukh Khan nak datang wat scene menyanyi sambil guling-guling turun bukit memang gempak habis la kan.. nak main kejar-kejar pun memang superb la pemandangan dia kan?? and sampai sekarang aku tak faham kenapa produksi Malaysia tak pernah nak shoot kat sini eh instead of diorang nak terbang jauh-jauh pergi shoot kat Korea, Spain segala kan??? eh...kamonla....Malaysia banyak tempat cun especially kat Selangor lah kan?? dekat sikit.. tak payah nak naek kapal terbang ke apa kan??? erk?? maybe tinggi sangat kot...tak lalu pulak mereka nak hangkot segala barang diorang..eh..tapi apa salahnya...nak yang terbaik kan?? berkorbanlah sikit... cewah...

Broga Hill ni memang dekat sangat-sangat lah dekat KPMB tu.. serius best gila ah ding dong. eh..tapi ada lagi sau tempat yang aku dan kawan-kawan aku suka sangat pergi walaupun takdelah selalu...padahal baru sekali sahaja kami bercengkerama ditempat itu...eh....jangan fikir yang bukan-bukan... kitorang pergi perempuan sahaja okay... tempat yang mendamaikan jiwa...lepak-lepak after tension buat esaimen..hehe... tak lain tak bukan dekat SUNGAI TEKALA...eh....aku bukan suruh korang teka nama sungai tuh...haha...nama sungai tu memang SUNGAI TEKALA... hehe... best woooooo... ni sedikit info yang aku curik dari pakcik wikipedia..hehe...tq pakcikku...ahakz..
Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air terjun ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.





Selain air terjun Sungai Tekala, terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :
  1. Kolam Air Panas Sungai Lalang
  2. Air Terjun Sungai Gabai
  3. Air Terjun Sungai Batangsi.
Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :
  • Gerai menjual makanan dan minuman
  • Surau
  • Bilik persalinan
  • Tempat berteduh
  • Tong sampah
Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang.
Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :
  1. Meranti
  2. Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
  3. Meranti tembaga ( shorea leprosula )
  4. Penarahan ( myristieaceae )
  5. Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
  6. semaian pokok petai
  7. Durian
  8. Jering.
Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.
 tengok tu...tengok tu....ditempat menimba ilmu yang aku cakap kat ceruk mana ntah tu tadi rupa-rupanya tersorok keindahan yang Maha Hebat..  untunglah weh duduk dekat kampung macam tu... kat bandar mana nak dapat weh... 

tapi serius cakap time belajar dekat KPMB adalah momen yang terindah dalam sejarah hidup aku.. berjumpa dengan kawan2 yang best.. lecturer yang sporting and segala macam rempah rasa aku lalui sepanjang tiga tahu setengah aku bergelar pelajar KPMB.. sumpah best =)

besties.. time ni jamuan raya kat KPMB.. terbaek.. hehe...windu pulak time ini..huhuhu

ok... itu sahaja entry kali ni... 
lain hari jika rajin datang menjengah minda yang sering lelah..
maka akan bersua juga jemari dengan papan kekunci yang indah lalu menarilah ia melakar tinta hikmat di skrin azimat..

salam manis..